CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

The Way To Happiness.....

Keep your heart from hatred,
Your mind from worry....
Live simply......
Expect little.....
Give much...........

klik sini

Protected by Copyscape Duplicate Content Protection Tool

Thursday, January 6, 2011

LELAKI VS WANITA




Assalamualaikum semua,

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini
sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara
kaum ADAM dan HAWA dan
saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi
seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki
yang belum baligh.
BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab
keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka
dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert
gunung dengan semut.
Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan
lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang
ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah
oelh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid
dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda
yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah
bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd
suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang
dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah
payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,
dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
(betulkan jika saya
tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
wanita .... kan?

0 comments:

klik sedaih..!